Friday, October 10, 2008

salam ukhuwah...






Episod perjuanganku kini beralih ke lembaran baru dalam hidupku..
Untuk Islam dan kerana Allah s.w.t..
Insya Allah.
Moga bermanfaat buat pemacu perjuangan kita menuju redha-Nya..amiin

But...what’s the first step I should take? Where to begin? Arrggghhhh....
TAHUKAH ANDA?


Pada 10 Januari 2001, umat Islam di Jakarta telah dikejutkan dengan berita mengenai penghasilan serbuk perisa (Monosodium Glutamate, MSG) Ajinomoto daripada enzim berasaskan sumber babi. Bahan yang menjadi kontroversi ialah Bactosoytone, sejenis zat makanan bagi pembiakan bacteria untuk dijadikan ibu dalam proses penapaian. Bactosoytone terhasil daripada protein kacang soya dipecahkan dengan menggunakan enzim yang diekstrak daripada pankreas babi.

Disebabkan perkataan MSG mungkin menjauhkan pengguna daripada membeli makanan yang diproses, pengeluar menggunakan nama-nama lain untuk mengelirukan pengguna. Antara nama-nama yang digunakan ialah:
1. Protein yang dihidrolis
2. Sodium caseinate atau calcium caseinate
3. Pati ragi
4. Protein bertekstur
5. Asid glutamik

Dalam konteks ini, hampir semua makanan yang diproses (samada yang ditinkan, dibekukan atau dikeringkan) mengandungi sekurang-kurangnya satu atau lebih ramuan yang mengandungi MSG.

- HALAL HARAM; PANDUAN PERSATUAN PENGGUNA PULAU PINANG -
BUATMU TEMAN...

Andaikata kau berjaya dalam hidup
Itu rahmat dan kurniaan Allah
Sekiranya kau gagal
Harus kau ingat
Allah ingin menguji kita…
Hamba-Nya…

Andaikata sekali kau gagal dalam hidup
Itu tidak bermakna kau gagal buat selamanya
Seharusnya kaU terus berusaha
Hidup ini perjuangan…
Akal itu kurniaan Tuhan
Harus digunakan agar hidup berjaya dan lebih bermakna…
Moga cinta Allah mendahului cinta insan
Kerana insan makhluk ciptaan
Kehadirannya sekadar ujian
Untuk menguji tahap iman
Peliharaku Tuhan
Moga diberi kesempatan
Melakar cinta di syurga idaman
Ku akui diri ini cuma hamba-Mu
Namun sering bergembira dalam kenikmatan
Sering alpa tika kegembiraan
Pimpin aku Ya Rahman
Dalam jerih payah perjuangan
Moga ku tabah dengan cubaan
Berbekal Islam dan iman
Berbekal kekuatan dan kesabaran
Yang engkau pinjamkan
Yang Engkau kurniakan…


something wonderful is waiting you at the finishing line... TAKBIR!!!

Friday, October 3, 2008